Ads 468x60px

Pages

Thursday, February 17, 2011

Album: Adeline Tsen (Hotel Mania) Comel Bertudung










Album: Nur Fazura Yang Hot

Monday, February 14, 2011

Artis: Nazmi Raja Lawak 5 Video Collections


Iklan SMS Undi


Minggu Pertama


Minggu Kedua


Minggu Ketiga


Minggu Keempat



Album: Mizz Nina






Sunday, February 13, 2011

Artis: Noh Hujan & Mizz Nina Hadiri Kursus Kahwin



"Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama". Itulah antara bait-bait lirik lagu Kalau Berpacaran nyanyian Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet. Alhamdulillah, mungkin pasangan kekasih yang telah bertunang ini akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Semalam, @mizznina1780 dalam tweetnya menyatakan bahawa beliau dan Noh Hujan sedang menghadiri kursus kahwin di Islamic Outreach Center, Ampang. Dengan bantuan pak cik Google, aku kongsikan alamat seperti di bawah:

Islamic Outreach ABIM,
3402, Jalan Ampang Hilir 2,
55000 Kuala Lumpur.


Album: Kyla Fairy aka Syakila Nisha Jahangir Khan








Artis: Kyla Fairy aka Syakila Nisha Jahangir Khan




Pelakon baru Syakila Nisha Jahangir Khan,19, atau Kyla Fairy yang juga anak penyanyi Rohana Jalil menjelaskan hubungan yang terjalin di antara dia dengan Yusry (KRU) hanyalah sekadar kawan semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Dia turut menganggap gosip bercinta dengan pengarah muda Yusry Abdul Halim sebagai dugaan pertama melangkah ke dunia seni.

“Saya tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul, hubungan kami hanya sekadar kawan sahaja.

“Bagi saya gosip ini adalah dugaan bagi saya apabila bergelar artis. Kalau saya menafikan, mereka tetap akan bercakap juga, lebih baik saya biarkan sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun menurut Kyla, dia tidak mahu khabar angin tersebut membuatkannya dikenali sebagai artis kontroversi berbanding bakat yang ada.

“Sebagai orang baru dalam industri ini kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan dengan gosip cinta melebihi kerjaya.

“Ramai yang tidak mengenali siapa saya tetapi sudah mendengar pelbagai cerita tentang saya,” ujarnya.

Ketika ditanya kelebihan Yusry pada pandangan matanya, Kyra memberitahu jejaka tersebut merupakan seorang yang terperinci dalam setiap kerja yang dilakukan.

“Sebagai pengarah dalam filem pertama saya berjudul Karak, Yusry seorang pengarah yang sangat teliti. Dia tidak garang tetapi sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap sentuhan karyanya,” katanya.

Manakala dari segi peribadi, Kyla mengakui Yusry merupakan seorang lelaki yang sangat merendah diri.

“Bagi saya dia seorang lelaki yang kelakar walaupun nampak seperti pendiam,” katanya.




Filem: Kongsi. Lu Langsi, Lu Mati Trailer

Sinosis Filem Kongsi


Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.



Poster Filem Kongsi



Trailer Filem Kongsi



Maklumat Lanjut di Facebook.

Lepak

 

Sample text

Sample Text